Wednesday 13 November 2013

pengenalan kepada alam sekitar

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar meliputi beberapa komponen utama:
  1. Unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku
  2. Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, dan iklim, sertatenagasinarancas elektrik, dan kemagnetan, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia.

contoh gambar alam sekitar

objektif kajian

·        memberi keselesaan kepada manusia 
·        terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.
·        membolehkan kita menyedut udara yang segar.
·        Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati keselesaan.
·         Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan  suhu.
·        boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan.
·        keadaan bersih akan meningkatkan tahap     kesihatan kita.

·        memberikan suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman.

·        berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran.

·        Penanaman pokok-pokok bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida.

·        hutan mengawal hakisan tanah dan banjir.

pencemaran alam sekitar

Pencemaran alam sekitar merupakan kesan yang berlaku ke atas sesuatu sumber alam. Pencemaran alam sekitar berlaku disebabkan perbuatan manusia yang telah menyalahgunakan nikmat yang diberikan oleh Tuhan. Apabila pencemaran berlaku, hidupan di bumi ini akan menerima kesannya.
            Misalnya, sungai yang indah dan bersih mengalir dengan tenang telah dicemari oleh sampah sarap dan sisa toksik yang dibuang oleh manusia ke dalam sungai tersebut. Sungai itu akan menjadi kotor, berminyak, dan berbau busuk serta tidak boleh digunakan.
            Kesannya, sumber air akan terjejas dan menyebabkan manusia sukar untuk meneruskan kehidupan seperti makan, minum, mandi, dan membasuh. Hidupan akuatik juga akan terjejas dan memyebabkan habitat hidupan air musnah dan pupus. Manusia juga akan mengalami kesukaran bagi mendapatkan sumber protein.
            Saya telah menjalankan kajian di Taman Cempaka bagi mengenalpasti pencemaran yang berlaku. Jenis-jenis pencemaran alam sekitar yang berlaku di kawasan kajian ialah pencemaran udara, air, bunyi, dan bau. Pencemaran udara berlaku disebabkan asap kenderaan. Pencemaran air disebabkan sungai yang tercemar. Pencemaran bunyi pula disebabkan bunyi kenderaan di jalan raya terutamanya ketika berlaku kesesakkan lalu lintas dan pencemaran bau disebabkan oleh sampah sarap yang tidak tiurus dengan betul.
            Asap yang dikeluarkan oleh kenderaan bermotor menyebabkan pencemaran udara. Kebanyakan penduduk menggunakan kenderaan masing-masing serta kurang menggunakan penggangkutan awam apalagi untuk berkongsi kenderaan. Seterusnya bunyi yang dikeluarkan oleh kenderaan menyebabkan pencemaran bunyi terutamanya ketika waktu puncak dan berlaku kesesakan lalu lintas.
            Pembakaran terbuka sering berlaku terutamanya pada waktu petang apabila kebanyakan penduduk yang membersihkan halaman rumah mereka mengambil langkah mudah dengan membakar sampah sarap yang telah dikumpulkan. Penduduk juga tidak mengambil berat akan kesan perbuatan mereka dan tidak ambil peduli apabila ditegur oleh jiran.
            Selain itu, pembuangan sampah sarap ke dalam sungai juga menyebabkan pencemaran air dan bau berlaku. Hal ini berpunca dari sikap penduduk yang tidak bertanggungjawab telah membuang sampah sarap ke dalam longkang berdekatan dengan kediaman mereka. Air yang mengalir dari longkang ke sungai telah membawa sekali sampah sarap tersebut. Akhirnya sungai menjadi kotor dan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.
            Pencemaran air dan bau juga berlaku di medan selera yang terdapat di kawasan kajian. Sampah sarap dan segala jenis sisa buangan di buang ke dalam longkang yang berhampiran. Hal ini menyebabkan longkang tersebut berbau busuk akibat tersumbat. Ianya berpunca daripada sikap segelintir pengunjung dan penjual di medan selera itu yang membuang sampah ke dalam longkang.
            Air longkang itu pula akan mengalir ke sungai dan menyebabkan air sungai pula tercemar. Kita sebagai pengguna seharusnya menyayangi dan menjaga alam ini daripada tercemar dengan mengubah sikap negatif kepada positif terhadap alam sekitar.
            Asap yang dikeluarkan oleh kenderaan mempunyai bahan kimia yang boleh mencemarkan alam sekitar. Apabila terlalu banyak asap yang dikeluarkan, asap tersebut akan terapung-apung udara dan apabila jumlahnya semakin banyak, akan berlakulah jerebu. Jerebu akan memyebabkan seluruh kawasan tersebut dipenuhi asap dan akan menyebabkan penyakit.
            Asap yang dikeluarkan oleh kenderaan juga boleh menyebabkan penipisan lapisan ozon. Apabila lapisan ozon berlubang, cahaya matahari akan terus ke bumi tanpa ditapis. Hal ini akan menyebabkan suhu bumi meningkat dan manusia akan mendapat penyakit kanser kulit.
            Selain itu, sungai yang dicemari oleh sampah sarap akan mencemarkan kualiti air tersebut. Hidupan akuatik juga turut terancam. Manusia juga akan mengalami kesukaran bagi mendapatkan sumber protein. Kita seharusnya menjaga alam sekitar daripada tercemar dan musnah supaya generasi akan datang dapat menikmati nikmat ini.
            Berdasarkan kajian yang saya jalankan, saya cadangkan agar pihak kerajaan menguatkuasakan undang-undang bagi melindungi alam sekitar daripada tercemar. Pihak kerajaan juga harus mengadakan kempen cintai alam sekitar bagi memupuk sifat mencintai dan menyayangi alam sekitar di kalangan rakyat di negara ini.
            Selain itu, pihak sekolah juga harus memainkan peranan dengan memberikan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid agar mereka mengetahui akan kepentingan memelihara alam sekitar.

            Akhir sekali, rawatan air kumbahan perlu dilakukan agar air yang digunakan semula dijamin bersih dan selamat untuk digunakan. Sama-samalah kita memelihara alam sekitar supaya bumi kita tidak musnah.         

Alam sekitar